Follow us on:

Fakta Najd

(Ditinjau dari : Riwayat Hadits, Penjelasan Para Ulama, Asal-usul Bahasa, Letak Geografi, dan Realita Sejarah)

Diriwayatkan dalam sebuah Hadits , Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

عن ابن عمر قال : ذكر النبي صلى الله عليه وسلم : ” اللهم بارك لنا في شامنا، اللهم بار…ك لنا في يمننا” . قال وفي نجدنا ؟ قال : ” اللهم بارك لنا في شأمنا، اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا : وفي نجدنا ؟ فأظنه قال في الثالثة : ” هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان ” رواه البخاري كتاب الفتن باب قول النبي صلى الله عليه وسلم :” الفتنة قبل المشرق “رقم 7094

Artinya : Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhu berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyebutkan : "Ya Allah berilah keberkatan kepada negeri Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami"
 

Berkata mereka : "Pada Najd kami Ya Rasulullah",
berkata Rasulullah : Ya Allah berilah keberkatan kepada negeri Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami...
Berkata mereka : "Pada Najd kami Ya Rasulullah"
Berkata Rasulullah : Disana terdapat kegoncangan ( aqidah ) dan fitnah, dan disanalah terbitnya tanduk Syaitan.
[H.R . Bukhari , kitab al-Fitan, bab Qulun Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. al-Fitnah Min Qibla al-Masyriq, no : 7094]

Hadits ini menunjukkan negeri Najd tersebut adalah tempat keluarnya Tanduk syaihtan serta berlakunya gempa bumi dan fitnah dari tempat tersebut. Persoalannya, "Najd" yang disebutkan dalam hadits ini ialah Najd yang mana? Adakah Najd yang bertempat di Arab Saudi demi meyakinkan ajaran wahabi adalah ajaran yang membawa fitnah?????!!!

Untuk mengetahui dengan lanjut makna/maksud sebenarnya hadits tersebut, maka kita harus melihat hadis lain yang menerangkan dengan lebih jelas akan maksud hadis tersebut. Hadisnya adalah seperti berikut :

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا وبارك لنا في صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا، فأعرض عنه فقال: فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdoa: "Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami".


Tiba2 seorang lelaki mencelah: "Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Beliau berpaling darinya seraya bersabda: "Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan"
~ Hadis riwayat Thabrani dalam Mu'jam al-Ausath (1/246 & 1/4256), Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyik (1/120), Abu 'Ali al-Qusyairy al-Harany dalam Tarikh al-Raqah (2/20/1-2), Abu Nu'aim dalam al-Haliyyah (6/133), dan lain-lain; Rujuk Silsilah al-Sahihah, nmr: 2246 ~

Dalam hadis kedua diatas lebih jelas yang dimaksudkan dengan "Najd" pada hadis pertama adalah negeri Iraq. Kedua hadis ini sanadnya melalui sahabat Nabi iaitu Abdullah Ibn Umar Radhiallahu 'anhuma. Hadis yang pertama (riwayat Bukhari) jalan sanad Nafi' dari Ibn 'Umar Radhiallahu 'anhuma, dan hadis yang kedua (riwayat Ibn 'Asakir dan Abu Nu'aim) melalui jalan sanad Salim dari Umar Radhiallahu 'anhuma. Menurut Qaidah Ilmu Hadits, Nafi' dan Salim menyokong antara satu sama lain secara mutaba'ah. Maka jelaslah kedua riwayat di atas hakikat riwayatnya adalah sama dan menjadi penjelas antara satu sama lain...

Lalu dikuatkan lagi dengan sebuah hadits yg diriwayatkan oleh Imam Muslim, dimana Salim Ibn Abdullah Ibn Umar Radhiallahu 'anhuma pernah berkata:

يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة! سمعت أبي، عبدالله بن عمر يقول:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان...

"Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) 'Abdullah Ibn 'Umar berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Beliau mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan..."
~ Hadis riwayat Muslim, dalam Sahih Muslim, nmr: 2905 ~

URAIAN IBN HAJAR AL-'ASQALANI

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani rahimahullah memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah :

نجد من جهة المشرق، ومن كان بالمدينة كان نجده بادية العراق ونواحيها وهي مشرق أهل المدينة، وأصل نجد ما ارتفع من الأرض وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة.

"Najd itu di sebelah timur, siapa pun yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan sekitarnya yg menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah... Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yg bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah termasuk bagian dari Tihamah"
~ Lihat Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari, 13/47 ~

Kemudian, pada rujukan yang sama (Fathul Bari) Al-Hafiz Ibn Hajar mengomentari kata-kata Al-Khattabi :

وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي إن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم أن نجدا موضع مخصوص وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا والمنخفض غورا.

"Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan pendapat Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahwa najd itu suatu tempat khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan demikian... Setiap yang lebih tinggi dibandingkan dengan sekitarnya dinamakan Najd dan setiap yang lebih rendah dinamakan Ghaur"

MAKSUD NAJD BERDASARKAN FAKTA SEJARAH

Dalam hadits yg telah dipaparkan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menggambarkan negeri Najd sebagai tempat yg banyak berlaku gempa bumi dan fitnah. Realiti sejarah telah membuktikan bahwa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran...

Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat hingga hari ini, kebanyakannya berpuncak di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah 'Uthman dan 'Ali radhiallahu 'anhuma yg menjadi puncak tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam berawal di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain Cucu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yg mengaku2 sebagai Nabi dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq...

Dalam konteks sejarah perkembangan hadits, Kufah terkenal sebagai pusat penyebaran hadits palsu.. Sehingga para perawi yang pulang dan pergi dari sana, maka riwayat mereka amat sangat diwaspadi oleh para Ulama... Dan dalam konteks sejarah modern juga, dapat disaksikan bagaimana dahsyatnya peperangan antara Iraq dan Iran, diikuti oleh krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan seterusnya penaklukan oleh Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini berkelanjutan dengan peristiwa pembunuhan dan pengeboman di Iraq yang berlaku saban hari dan ketika, manakala kesan dari segala fitnah itu dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.

Semua fenomena yang berlaku di Iraq sejak dari dahulu sampai sekarang adalah suatu fitnah yang benar2 menepati apa yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam sabdanya itu. Bahkan banyak riwayat hadits Shahih yang menunjukkan bahwa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, yaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk dalam wilayah negara Iran.

Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Asy-Syaikh Muhammad Ibn 'Abd Al-Wahhab Rahimahullah) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justru karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan bahwa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq karena ia memang terletak pada arah yang berkenaan.

Dengan mengambil tafsiran dari keseluruhan riwayat hadits, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka JELAS bahwa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadits itu ialah negeri Iraq dan kawasan sekitarnya termasuk negeri Iran...

MAKSUD NAJD DARI SUDUT UMUM ATAU KHUSUS

Walaupun hadits menunjukkan kedudukan negara Iraq sebagai tempat yang banyak menimbulkan fitnah termasuk Iran, namun ia sebenarnya tidak menggambarkan kejahatan tempat tersebut secara umum. Ini karena penentuan suatu tempat sebagai puncak fitnah bukan berarti kecaman tempat tersebut bersifat mutlak. Akan tetapi bermaksud kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu.

Suatu tempat yang dianggap tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa, sebagaimana sesuatu tempat yang dianggap baik juga tidak semestinya menggambarkan kebaikan seluruh penduduknya sepanjang masa.

Justru di samping fitnah yang banyak berlaku, negeri Iraq juga melahirkan ramai tokoh Ulama Ahlus Sunnah, bahkan Kota Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu yang terbesar dalam sejarah manusia.....

Demikian juga di samping kebaikan yang ada pada negeri Yaman, Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih tetap berlaku di negeri2 tersebut pada masa2 tertentu. Sebagai contoh, dari negeri Yaman, Yahudi datang ke Madinah, dari negeri Yaman juga tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah dan di negeri Yaman juga muncul Al-Aswad Al-'Anasi sebagai nabi palsu. Di negeri Syam muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi palsu dan di situlah tempatnya medan pertumpahan darah antara umat Islam, Yahudi dan Kristian karena perebutan tempat suci. Negeri Makkah dan Madinah juga menyaksikan pertumpahan darah karena menegakkan KalimahTauhid pada zaman Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahkan ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam meninjau2 di atas sebuah tembok Kota Madinah Beliau bersabda:

إني لأرى الفتن تقع من خلال بيوتكم كوقع المطر

"Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah kamu seperti titisan air hujan"
~ Hadis riwayat Bukhari, no: 6651 ~

Semua ini menggambarkan kesucian suatu tempat bukan jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan kawasan2 yang tidak disebut oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai lokasi fitnah, seperti Amerika, Eropa, Afrika dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada fitnah. Bahkan fitnah yang berlaku di India misalnya mungkin lebih banyak daripada yang berlaku di Iraq itu sendiri.

MAKSUD "TANDUK SYAITAN"

Al-Hafiz Ibn Hajar -Rahimahullah- menjelaskan maksud dari ungkapan tanduk syaithan itu dalam Fathul Bari (13/ 46-47) ialah sebagai berikut :

للشمس قرن حقيقة ويحتمل أن يريد بالقرن قوة الشيطان وما يستعين به على الإضلال، وهذا أوجه، وقيل إن الشيطان يقرن رأسه بالشمس عند طلوعها ليقع سجود عبدتها له قيل ويحتمل أن يكون للشمس شيطان تطلع الشمس بين قرنيه.
وقال الخطابي: القرن الأمة من الناس يحدثون بعد
فناء آخرين، وقرن الحية أن بضرب المثل فيما لا يحمد من الأمور. وقال غيره كان أهل المشرق يومئذ أهل كفر فأخبر صلى الله عليه وسلم أن الفتنة تكون من تلك الناحية فكان كما أخبر، وأول الفتن كان من قبل المشرق فكان ذلك سببا للفرقة بين المسلمين وذلك مما يحبه الشيطان ويفرح به،

dengan kesimpulan :

1) Sebagai kiasan dalam menggambarkan kekuatan syaitan dan apa saja yang memohon pertolongan kepadanya (syaitan) dalam penyesatan (manusia).

2) Bahwa syaitan menyelaraskan tanduknya dengan (arah) Matahari ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan penyembah Matahari akan terarah kepadanya.

3) Bahwa pada Matahari itu ada syaithan yang mana ia terbit antara dua tanduknya.

4) Bahwa pada hari itu penduduk sebelah timur Madinah terdiri daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah pembunuhan 'Utsman radhiallahu 'anhu) datangnya dari sebelah Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, sedangkan perpecahan itu disukai dan disenangi oleh syaithan.

Demikian..

by
Jaser Leonheart As-Salafee

Semoga Bermanfa'at.

Wallahul Muwaffiq.

Jalan yang Lurus


photo.php?fbid=256297734424
841&set=o.178870065487878&type=1&ref=nf

TANDUK SYAITHON !!!

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada 'Amr bin 'Abasah radiyallahu anhu :



"Lakukanlah sholat Shubuh, kemudian JANGANLAH engkau sholat sampai matahari terbit dan meninggi karena sesungguhnya IA TERBIT DI ANTARA DUA TANDUK SYAITON, dan saat itu orang-orang kafir bersujud kepadanya ... ... ... Lalu JANGANLAH engkau sholat sampai matahari terbenam, karena sesungguhnya IA TERBENAM DI ANTARA DUA TANDUK SYAITON, dan saat itulah orang-orang kafir bersujud kepadanya."

[ HR Muslim (832/570). ]

* Waktu-waktu yang dilarang untuk melakukan sholat sunnah, Ensiklopedi FIQIH WANITA Jilid I, hal.144 [Pustaka Ibnu Katsir]

Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam tentang orang yang ketiduran sehingga meninggalkan sholat 
:"Maka lakukanlah sholatnya ketika mengingatnya, tidak ada kaffarat baginya kecuali melakukan sholat itu."
[HR Al-Bukhari (no.597) dan Muslim (no.684)]

Berdasarkan penjelasan di atas, jika seseorang bangun dan mendapati matahari telah terbit, maka dia tidak boleh melanjutkan tidurnya dengan alasan waktu sholat telah berlalu, bahkan dia wajib melakukan sholat saat itu juga, karena saat itu masih dianggap waktu sholat baginya.

Sumber : Kitab yang sama*

http://www.facebook.com/
photo.php?fbid=2444855203242&set=a.1653325175486.2085068.1307751853&type=1&ref=nf

 by  Jaser Leonheart As-Salafee

semoga bermanfaat

Blog Archive